Isnin, 24 Januari 2011

TAHUKAH ANDA????

property2-u.blogspot.com adalah laman blog yang mempromosikan himpunan dan koleksi hartanah seperti rumah, rumah kedai, tanah dan pelbagai hartanah lain yang terdapat di seluruh Malaysia......


Tahukah anda?????


“Urus niaga hartanah lebih RM100 bilion tahun ini
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Urus niaga hartanah dijangka melebihi RM100 bilion tahun ini daripada RM96.77 bilion pada 11 bulan pertama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Harta, Datuk Abdullah Thalith Md Thani.
Beliau berkata, pemulihan ekonomi telah merancakkan semula pasaran hartanah dengan sub-sektor harta kediaman kekal penggerak utama pasaran.

Nilai urus niaga dalam sektor kediaman antara Julai dan November tahun lepas meningkat 15.5 peratus kepada RM22.6 bilion berbanding tempoh yang sama 2009, sementara urus niaga harta komersial naik 22.4 peratus kepada RM9.78 bilion, katanya pada sidang media mengenai Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia ke-4 2011 di sini hari ini.
Urus niaga hartanah industri meningkat 52.9 peratus kepada RM4.66 bilion, hartanah pertanian naik 22.8 peratus kepada RM4.54 bilion dan urus niaga hartanah pembangunan naik 64.9 peratus kepada RM5.16 bilion.
Bagi pasaran hartanah kediaman, negeri-negeri utama mencatatkan pertumbuhan positif adalah Pulau Pinang yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi 9.7 peratus, diikuti Kuala Lumpur pada 8.2 peratus, Selangor 7.2 peratus dan Johor 3.6 peratus.
Dalam sub sektor pertanian, 106 urus niaga melibatkan tanah estet dicatatkan tahun lepas. Ini termasuk 76 di Sabah, tujuh di Melaka, enam di Negeri Sembilan, dua di Perak dan setiap satu di Pahang dan Sarawak.

Abdullah Thalith berkata, terdapat juga peluang bagi pemaju swasta yang mempunyai simpanan tanah yang banyak dan tanah bekas perladangan untuk membangunkan taman perindustrian berikutan kekurangan tanah industri kosong di Selangor dan Wilayah Persekutuan. “-  Bernama


Pasaran Hartanah



Bagaimana agaknya pasaran hartanah untuk tahun 2011 ni ye?  Ada yang menjangkakan semakin ‘baik’ ada yang menjangkakan sedikit perlahan untuk hartanah tertentu dan ada yang mengatakan ianya bergantung kepada kadar pinjaman asas (BLR).
Bagi yang mengatakan pasaran hartanah akan menjadi ‘lebih baik’ tu sebenarnya baik untuk siapa?  Baik untuk ‘mereka’ untuk ekonomi negara atau untuk majoriti rakyat?   Seperti kebiasaannya, golongan yang mengatakan baik ni boleh la saya katakan mereka yang berada di dalam kelompok ‘high profile investor’ dengan sasaran mengaut keuntungan dari pasaran hartanah tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya kepada golongan majoriti yang mana masih mengharapkan harga rumah lebih terkawal dan rasional serta mampu dimiliki.
Oklah, walau apapun setiap orang ada pendapat masing-masing betul tak?  Dan saya juga akan memberikan pendapat saya tentang pasaran hartanah 2011 serta kemungkinan apa yang berlaku berdasarkan apa yang saya perhatikan.
Pertamanya, harga hartanah akan melambung naik… ya memang betul.. dan inilah yang dikatakan baik oleh mereka yang sudah membeli pada 2-3 tahun lepas dan merancang untuk membuat keuntungan jangka pendek yang menguntungkan.  Biasanya hartanah jenis ini lebih kepada hartanah ‘high-end dan walaupun mereka tertakluk untuk membayar cukai keuntungan, hakikatnya keuntungan yang bakal diperolehi jauhhhhh… lebih tinggi dari apa yang perlu mereka bayar.  Contoh yang saya tahu, ada seorang yang saya kenali membeli rumah pada harga RM800,000 dan kemudiannya menjualnya pada harga RM1.2juta dalam tempoh 2 tahun.  Menarik kan??  Tapi agaknya berapa ramai yang mampu.. betul tak?  So biarkan golongan ini dengan keuntungan yang dimiliki mereka kerana hakikatnya hak majoriti yang perlu diambilkira oleh kerajaan dan mereka yang berkaitan..
Keduanya, hartanah harga pertengahan.  Mungkin ada definisi tersendiri untuk harga pertengahan walaupun jarang diterimapakai oleh semua pihak.  Namun untuk posting ini saya lebih suka mengkategorikan harga pertengahan adalah diantara Rm250-500K. Setuju?  Alasannya kerana mereka yang berpendapatan pertengahan sahaja boleh memiliki hartanah pada harga ini dengan jangka masa pinjaman purata iaitu 20 tahun.  Untuk hartanah kategori ini, sperti biasa saya menjangkakan ianya akan menjadi kaegori hartanah yang paling aktif untuk berpindahmilik terutamanya di kawasan bandar seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.  Harga ini kini sudah menjadi harga biasa untuk anda yang mahukan rumah yang selesa dengan saiz 20′x70′ (rumah teres) atau kondominium berfasiliti dengan saiz 1,000kp ke atas.  Akibat permintaan yang tinggi, hartanah ini juga akan mengalami peningkatan harga yang significant dansaya menjangkakan ianya akan terus meningkat dari tahun ke tahun denga kadar lebih 10% setahun.  Oleh itu, cadangan saya, jika anda ingin memiliki rumah sekarang dan sudahpun mampu… jangan terus menunggu kerana sekarang mungkin masa yang sesuai untuk membeli hartanah ini sebelum harganya dan BLR terus naik pada masa akan datang.
Sebut pasal BLR, sememangnya dijangkakan BLR akan terus naik pada tahun ini selari dengan keadaan ekonomi yang semakin baik.  Sebahagian pemerhati mengatakan ini sebagai satu petanda untuk pelabur atau pembeli lebih berhati-hati kerana kemungkinan akan berlaku ‘pembetulan’ harga dalam masa 2 tahun dari sekarang.  Jika ini berlaku, pembeli yang membeli pada harga tinggi dan mengambil pinjaman berdasarkan kadar boleh ubah BLR mungkin mengalami kerugian.   Walaupun ini sesuatu yang tidak dpat dijangkakan sebaiknya langkah berhati-hati bolehlah diambil untuk mengelakkan kerugian akibat tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan dan seterusnya rumah dilelong…
Bagi kategori hartanah bawah RM250K pula, saya menjangkakan pindahamilik aktif juga turut akan berlaku tetapi tidak terlalu signifikan kerana nilai yang rendah.  Kenaikan BLR yang semakin tinggi juga mungkin mengakibatkan banyak hartanah dalam kategori ini dilelong kerana kurang keupayaan untuk  membuat bayaran bulanan.   Kebanyakan pembeli di dalam kategori ini mungkin terpaksa bergelut dengan keutamaan dalam kos sara hidup bulanan yang semakin meningkat dan dalam sesetengah keadaan mungkin terpaksa menjual hartanah mereka akibat tekanan.   Bagi mereka yang baru mencari rumah, kategori ini adalah pilihan yang terbaik dan option untuk membeli rumah lelong untuk kategori ini juga lebih besar.
Hartanah lelong juga dijangkakan akan terus aktif tetapi pilihan untuk mendapatkan hartanah yang baik pada harga yang rendah menjadi semakin kompetitif.  Ini kerana secara amnya masyarakat di Malaysia semakin terbuka untuk membeli hartanah lelong yang mana sebelum ini sering dikaitkan dengan banyak masalah yang bersangkut dengannya.  Ini sememangnya tidak dapat dinafikan tetapi dengan berkembangnya blog dan perkongsian ilmu di internet saya fikir masalah-masalah ini dapat diatasi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah lelong.
Jadi apakah kesimpulannya?  Bergantung kepada diri dan latar belakang anda serta jenis hartanah yang anda miliki atau ingin miliki… anda buatlah keputusan terbaik untuk diri anda.
*Pendapat di atas adalah SEPENUHNYA berdasarkan pendapat dan pemerhatian saya.  Anda diminta untuk membuat pertimbangan sendiri dan tidak menggunakan maklumat/pendapat di atas sepenuhnya dalam membuat keputusan anda.